Gunners, yang mara selaku juara kumpulan, menyebabkan Wenger mungkin menurunkan skuad kedua sebagai pendedahan kepada pemain muda dan memberi rehat kepada pemain utama.
Arsenal berada pada posisi yang sama pada dua musim lalu dan Wenger memilih barisan pemain muda ke Greece dengan purata umur bawah 21 tahun, purata pemain paling muda dalam sejarah Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, tempat kedua masih terbuka kepada ketiga-tiga pasukan termasuk Borussia Dortmund yang masih belum terkeluar daripada pertandingan.
Gunners akan merehatkan beberapa pemain utama namun Wenger tetap mahu menurunkan barisan pemain yang kuat di Stadium Karaiskakis.
"Pertama sekali, keutamaan saya mahu menghormati pertandingan ini dan mahu memenangi perlawanan dengan Olympiakos. Itu perkara yang saya mahu lakukan.
"Saya akan menurunkan barisan berpengalaman dan memberikan peluang kepada beberapa pemain muda.
"Saya melakukannya ketika berdepan Manchester City pada suku akhir Piala Liga dan anda boleh lihat pasukan ini beraksi sebaik mungkin.
"Sasaran kami adalah menghormati kejohanan ini, memenangi perlawanan dan memastikan kami tidak pernah kalah pada peringkat kumpulan, " katanya.
Wenger juga berpendapat skuadnya perlu mendapat sedikit pujian terhadap pencapaian hebat di Eropah pada musim ini.
"Kami tidak pernah kalah dalam kumpulan hingga sekarang dan saya percaya kami mendapat antara kumpulan paling sukar.
"Dortmund merupakan antara pasukan terbaik di Jerman buat masa sekarang, Olympiakos dan Marseille juga bukan perlawanan yang mudah.
"Jika dilihat dari mana kami datang ketika berdepan Udinese semasa peringkat play-off, saya rasa kami boleh berpuas hati dengan cara kami mara, " katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment