Subscribe:

Labels

Monday 5 December 2011

Seminggu n Sejuta!

pix_middle
KETIKA saingan Copa America semakin rancak, penyerang Argentina, Lionel Messi turut meraih populariti menerusi Facebook apabila menarik lebih sejuta peminat dalam tempoh seminggu.
Kejohanan di Amerika Selatan yang diadakan di Argentina dari 1 hingga 24 Julai ini membabitkan 10 pasukan di benua itu selain dua pasukan jemputan iaitu Costa Rica dan Mexico.
Messi yang dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia, membantu dua daripada tiga jaringan ketika menentang Costa Rica untuk menang 3-0 dan memastikan Argentina mara ke suku akhir.
Ketika Argentina masih bersaing dalam kejohanan itu, populariti Messi di internet semakin meningkat.
Menurut penganalisa media sosial, Famecount, Messi menerusi lamannya, Leo Messi mengumpul 53,000 peminat baru hanya pada 11 Julai berjaya mengumpul 1,106,049 peminat baru dalam tempoh tujuh hari selepas itu, lebih daripada mana-mana laman peminat di Facebook yang lain.
Contoh lanjut mengenai populariti Messi di dalam talian boleh dilihat menerusi nota Facebook yang ditulis pemain bola sepak itu pada 12 Julai yang mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan mesej itu menerima 48,000 klik ‘like’ dalam tempoh hanya tujuh jam.
Biarpun menarik lebih ramai peminat baru berbanding laman peminat Facebook yang lain dalam tempoh tujuh hari sehingga 12 Julai, Messi masih ketinggalan 10 juta jumlah peminat Facebook, di belakang pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang ketika ini atlet paling popular di Facebook dengan 30 juta peminat.

-Hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...