Subscribe:

Labels

Tuesday 6 December 2011

Booth EPL diserbu



Serdang: Sebuah lot promosi menjual peralatan sukan dan cenderamata Liga perdana Inggeris (EPL) menerima kejutan besar dari peminat sukan tersebut di Pasaraya Giant Equin Park,Konsep stor pertama ini menjadi tumpuan dan peminat berasak-asak untuk merebut cenderamata yang dijual.

Pelbagai jenis pelanggan dapat dilihat disini terdiri dari penduduk tempatan, penuntut institusi pengajian tinggi dan pelancong asing.

Pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga veteran turut menunjukkan minat mengumpul koleksi barang-barang kelab kebanggan mereka.

Antara kelab yang mendapat permintaan tinggi dari peminat seperti Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Manchester City.

Turut mendapat permintaan tinggi adalah kelab dari Liga Juara-juara Eropah (UEFA) seperti FC Barcelona , Real Madrid dan Juventus .

Promosi yang berlangsung disepanjang bulan disember ini bakal berakhir menjelang tahun baru yang akan dating. Permintaan yang tinggi menyebabkan pengajur SBS Pro Resources terpaksa menambah stok berulang kali walau bagaimana pun stok yang datang amat terhad pengedaran barangan berdasarkan “ siapa cepat dia dapat “.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...